Ketua balai polis dicekup positif syabu dalam pesta dadah

Ketua balai polis dicekup positif syabu dalam pesta dadah

Seorang ketua balai polis di Selangor ditahan selepas didapati positif dadah, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketua balai tersebut merupakan antara lapan pegawai dan anggota menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

“Ketua balai tersebut didapati positif dadah jenis syabu manakala tujuh anggota dari balai sama didapati negatif selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Pemeriksaan dan ujian saringan dadah dijalankan terhadap mereka selepas menerima aduan dan maklumat berhubung pesta tersebut,” katanya.- MK