Ketua Armada Bersatu hina rakyat Sabah dengan wang

Ketua Armada Bersatu hina rakyat Sabah dengan wang

Apakah ini cara orang semenanjung datang ke Sabah? Apabila kamu inginkan undi, kamu sanggup lakukan apa sahaja tanpa berselindung. Seolah-olah maruah kami rakyat Sabah mudah dibeli dengan wang.

Menerusi status yang dimuatnaik oleh Rendy di facebooknya:-

Sampai bila orang Sabah dilayan sehina ini. Kami sini tidak mempertuhankan kamu. Kami tidak menyembah kamu. Kami ada maruah. Kami ada martabat.

Kami tidak perlukan pemberian serupa ini. Yang kami mahu kamu pelihara negeri Sabah ini. Jauhi ia dari anasir perosak. Jauhi ia dari pencuri. Jauhi kami dari pecah belah dan kebencian.

Jangan anak tirikan Sabah ini sementara kamu mengaut hasil kekayaanya. Jangan hancurkan masa depan negeri ini melalui boneka kamu yang sedia berkomplot dengan kamu. Cukup sudah cukup.

COMMENTS