Ketika rakyat menanti idea menteri kewangan, dia minta idea rakyat pula

Menteri kewangan yang baru dilihat seperti tiada idea untuk menghadapi situasi buruk yang negara sedang hadapi sekarang.

Sehingga sekarang rakyat masih tertunggu-tunggu sesuatu yang positif dari menteri kewangan yang baru ini namun tidak nampak sesuatu yang diharapkan.

Pengumuman PM pula dilihat tidak lebih dari menggunakan “kaedah mudah“ bagi kerajaan namun sukar bagi rakyat.

Namun hari ini menteri kewangan tampil di media sosial untuk meminta idea rakyat bagi menangani krisis,

Wahai menteri kewangan, rakyat sudah buntu memikirkan apa yang bakal mereka hadapi. Tidak bolehkah kamu fikirkan idea untuk membantu rakyat ini? Apa istimewanya hingga kamu dilantik jika ini pun rakyat kena tolong fikirkan?