Ketika pertembungan Anwar-Mahathir memuncak, Annuar Musa cadang ‘Grand Coalition’

Ketika pertembungan Anwar-Mahathir memuncak, Annuar Musa cadang ‘Grand Coalition’

Apabila Tan Sri Annuar Musa membawakan idea agar parti Pejuang, Warisan, Muda dan mana-mana parti bernuansa Melayu bergabung dengan Perikatan Nasional, ia adalah strategi yang pintar menghimpun “numbers” demi mengukuhkan kerajaan tebuk atap.

TSAM adalah strategist yang bukan calang orang. Beliau tahu melibas peluang di kala hubaya dan hiruk pikuk drama Tun-DSAI di kem Pakatan Harapan, ada “offside trap” yang bakal tidak menjadi dan boleh dimanipulasi untuk mencari gol.

Golnya ialah menjarakkan “numbers” menghampiri majoriti. Jika PH membuang kem Tun, ini bermakna usaha mencari majoriti di kem PH perlu bermula dari nombor 92. Tidak lagi bermula dari 109.

Agregat yang menjauh akan memberi lebih peluang kepada wirawan tebuk atap menguatkan pasukan.

Politik adalah kerja berpasukan. Kapten tidak semestinya bermain 90 minit sepenuh masa sepanjang kejohanan. Akibatnya boleh terlepas piala. Penyokong Liverpool tahu pahitnya hakikat ini tatkala Steven Gerrad, sang kapten lagenda tergelecoh kaki menyebabkan mata dipintas di saat akhir.

Di sinilah penegasan demi penegasan dilakukan Amanah kepada rakan parti agar dua negarawan dalam pembangkang ini kembali jernihkan suasana. Perkuatkan kerjasama. Titik temu sentiasa ada. Pasti ada.

Justeru penyokong juga elakkan mengata sesama sendiri. Cakap-cakap seperti parti kecil perlu dengar dan patuh parti besar adalah teori junior-senior zaman sekolah. Bukan dalam gelanggang politik.

Membawa naratif zaman sekolah asrama di mana junior perlu basuh baju seluar senior adalah nakal dan jelik.

Kerana hakikat sebenar si junior dan si senior di sekolah-sekolah Pantai Timur sama-sama makan nasi telur masin sahaja.

Tiada apa pun hebatnya.

Mohamad Zamir Ghazali
Ketua Pemuda Amanah Terengganu

Sumber :

COMMENTS