Kesatuan pembangkang beri sinar harapan baru

Kesatuan pembangkang beri sinar harapan baru

Kesatuan pembangkang beri sinar harapan baru. Aku suka melihat apa yang berlaku pagi tadi di Parlimen, Bukan soal Perhimpunan dan Ucapan..

Tetapi melihatkan pemimpin PH dan Barisan pembangkang boleh bersama dalam satu gerakan dan tindakan, Bagi aku, Jika ini gambarannya.. Bila bila masa saja Kerajaan PN akan tumbang..

Aku suka melihat barisan Pembangkang dari kalangan PH, Warisan, Pejuang dan Muda boleh bersama melawan Kerajaan yang Gagal dan Korup ini.. Aku juga suka melihat Ds Anwar memimpin PH bersama dengan Tun Mahathir ,Shafie Afdhal dan beberapa kepimpinan Utama yang lain..

Tak kisah lah ada yang dok kongsikan Tun dibelakang Ds Anwar.. atau Ds Anwar di depan.. Itu bukan Soal.. Yang penting suara Pembangkang itu kena bergerak atas tujuan dan Prinsip Yang Sama biarpun apapun perbezaan sesama mereka..

pembangkang

Memang Jelas, UMNO tidak boleh diharapkan sama sekali.. Jangan kata nak bersama PH, Hatta nak tukar kedudukan kerusi di parlimen pun takut..Hanya KULI yang berprinsip dan berani.. Apa yang diucapkan Soal Rakyat dan Negara hanya tipudaya bagi mencapai tujuan mereka kekal dan kembali Berkuasa..

Situasi hari ini sama gambarannya seperti Parlimen dikawal suatu ketika dulu ketika Paklah diasak untuk meletak jawatan yang akhirnya Paklah terpaksa meletak jawatan…. Dah pastilah ketika itu Paklah jauh lebih bermaruah berbanding Mahiadiin hari ini.. Apapun hari ini PH jauh lebih kukuh berbanding 2009..

Bagi aku, Tak kiralah soal siapa PM, Asalkan Negara dan Rakyat dapat diselamatkan.. InsyaAllah, Bila Kebenaran itu tersusun, Kebenaran itu akan menang, dan Kebathilan akan Kalah.. antara kata kata yg masyhur dinisbahkan dgn saidina Ali..
الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام

” Kebenaran yg tidak tersusun akan dikalahkan kebathilan yg tersusun..”

Kalau kekal begini, InsyaAllah.. Tak lama lagi PN dan Mahaiddin akan tumbang.. Paling tidak ketentuan Allah itu makin dekat buat pengkhianat seperti Mahiaddin..

Sumber:

BACA: MP Umno diberi ‘warning’, jangan sampai terkena getah Muhyiddin