Kes samun dalam video tular bukan di Sungai Siput

Kes samun dalam video tular bukan di Sungai Siput

Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Putra Yob berhubung sebaran berita palsu mengenai kononnya kejadian samun bersenjata oleh empat individu ke atas sebuah keluarga, di sini, sebagaimana video yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian samun terbabit di daerah ini, bahkan pemeriksaan sebaliknya mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India.

PEMERIKSAAN mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India. FOTO tangkap layar video tular di media sosial

PEMERIKSAAN mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India. FOTO tangkap layar video tular di media sosial

“Tiada kejadian berikut berlaku di sini (Sungai Siput). Kita tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes rompakan bersenjata (seperti yang dimaksudkan).

“Pemilik FB itu sudah dikesan dan pihak polis akan rakam keterangan beliau,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Mohd Khaizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebabkan kegusaran awam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video tular berbentuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu yang disertakan keterangan oleh pemilik FB terbabit yang mendakwa kejadian berlaku di Sungai Siput.

Video berdurasi dua minit dan 22 saat itu memaparkan empat individu menceroboh menerjah masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya memperlihatkan terdapat tiga dipercayai sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak disamun.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/729071/ini-kes-di-india-bukan-di-sungai-siput

BACA JUGA : Zahid Hamidi masuk PKR?, ini penjelasan PKR