Kes Naya !!! Najis beku jatuh dari pesawat, satu kampung berbau busuk

Kes Naya !!! Najis beku jatuh dari pesawat, satu kampung berbau busuk

PENDUDUK di sebuah kampung kecil di English menerima kejutan apabila ketulan besar najis beku secara tiba-tiba jatuh dari langit.

Menurut laporan Portsmouth News, penduduk terdengar satu bunyi kuat kira-kira jam 10.30 malam Isnin lalu dan temui ketulan besar berkenaan di tepi jalan.

Seorang penduduk, Louise Browne berkata ketulan tersebut berukuran kira-kira 50 sentimer persegi.

“Kami sedang bersiap untuk tidur dan tiba-tiba kami terdengar seperti ada orang membaling batu ke arah tingkap kami.

“Suami saya berkata ketulan ini pastu terjatuh daripada sebuah pesawat,” katanya.

Bau busuk menyelubungi kampung tersebut selepas ketulan itu mula cair dan ini meyakinkan penduduk ia mungkin terjatuh daripada tandas sebuah pesawat.

Insiden najis beku terjatuh daripada sebuah pesawat dilaporkan jarang berlaku namun ia dikenali sebagai ‘blue ice’.

Tambah Browne lagi, ketulan tersebut hampir terkena sebuah kereta.

“Nasib baik ketulan itu tidak terjatuh ke atas kereta berkenaan.

“Mujur juga tiada orang sedang berjalan di kawasan berkenaan pada masa itu. Jika tidak sudah pasti ia akan menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya kepada Latin Times.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-di-england-gempar-ketulan-besar-najis-beku-jatuh-dari-langit-303218