Kes naik : Orang ramai mula zahirkan kemarahan

Kes naik : Orang ramai mula zahirkan kemarahan

Kes naik, Orang ramai mula zahirkan kemarahan. Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan peningkatan kes Covid-19 pada hari ini yang mencecah 11,618 kes baharu dan orang ramai mula berang kerana selama dua hari berturut-turut kes tidak menampakkan penurunan.

Susulan dari pengumuman yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter bertindak untuk menutup ruang komen di ke semua akaun media sosialnya termasuk Twitter dan Facebook.

Walaupun pengguna di laman Twitter tidak dapat meluahkan rasa amarah dan kecewa masing-masing di ruangan komen, mereka bertindak menggunakan quote retweet (petikan ciapan) pada aplikasi tersebut.

“Ya Allah, 11 ribu hanya dalam masa dua hari? Sedihnya. Raya Haji lagi beberapa hari saja. Dua tahun kita begini,” keluh pengguna @shikennuggetss.

“11,618. Kita nak pergi mana ni, Malaysia? Kami dah penat berkurung, penat fizikal dan juga mental. Ada cahaya ke di hujung terowong untuk kita?” soal @Sealoverzzz kecewa.

Dalam pada itu, ada juga yang menunjukkan rasa bimbang terhadap kes yang meningkat dalam masa dua hari dalam minggu ini dan kehilangan banyak nyawa akibat pandemik Covid-19.

“Saya dah tak jadi marah bila lihat kes makin meningkat. Saya rasa sedih kerana melihat kita sudah banyak kehilangan rakyat,” jelas @naddysushi.

“Saya sangat penat kerana sudah lama duduk di rumah sementara menamatkan pengajian ijazah sarjana muda. Kasihan juga kepada petugas barisan hadapan kita. Mereka sangat penat. Kerajaan, letaklah diri anda semua di tempat kami,” ujar pengguna bernama @snowybead penat.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/14/dekat-raya-haji-kes-11000/

BACA JUGA : ‘Spanish Fly’ : Laporan polis dibuat kerana hina Menteri