Kes meningkat : Simpati kepada golongan peniaga dan rakyat marhaen

Kes meningkat : Simpati kepada golongan peniaga dan rakyat marhaen

Hari ini 1032 kes baru Covid-19 dicatatkan.. Bertambah lagi 8 Kematian.. Jumlah yang positif dalam sebulan kini berjumlah lebih 25 ribu kes.. dua kali ganda jumlah kematian dan kes sepanjang 7 Bulan sebelum PRN Sabah…

Lebih menakutkan, Biarpun tempoh PKPB di selangor berlanjutan kali kedua sehingga 9 November ini.. dan bakal barakhir 9 November.. setakat 4 Nov kes makin bertambah..kali ini kes di Lembah Klang melebihi angka 200 kes..Selangor saja 231 kes.. apakah PKPB akan terus dilanjutkan ?

Bagi yang makan gaji..Kakitangan awam dan GLC yang Bergaji tetap ia bukan lah satu masalah..Agaknya bagaimana keadaan peniaga kecil.. Yang bekerja sendiri..yang bergaji hari..Mereka hari ini sudah pasti cukup tertekan…

Sepatutnya sudah ada bantuan bersasar, Pakej Prihatin Khas bagi negeri Selangor dan Lembah Klang, Begitu juga Sabah.. Malangnya tak berlaku.. sebab PM tebuk atap terlalu ghairah sebelum ini umumkan bantuan Prihatin 2.0 bernilai Rm 10 Billion tanpa sasaran yang tepat hanya kerana nak menang PRN Sabah..

Sebenarnya dah jelas gambaran PM dan Kerajaan PN hari ini gagal.. Sepatutnya Muhyidin andai dia takda maruah langsung pun untuk letak jawatan… Boleh saja YDP Agong titahkan dia meletak jawatan atau sebarang Undi tidak percaya dilaksanakan.. PN dan PM tebuk atap terbukti Gagal.. Teruk !

Nak tunggu Ekonomi lumpuh ? Negara Muflis.. Rakyat merempat ? Tapi inilah Kerajaan yang Mufti Utara kata anugerah dan rahmat Tuhan..

Ipohmali

Sumber :

COMMENTS