Kes kumulatif Covid-19 negara kini menghampiri 2 juta

Kes kumulatif Covid-19 negara kini menghampiri 2 juta

Kes kumulatif Covid-19 negara kini menghampiri 2 juta. Seramai 341 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini.

Selain itu, ada 1,310 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 773 perlukan bantuan alat pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes positif COVID-19 di negara ini mencecah 1,940,950 kes setakat jam 12 tengah hari tadi, dengan pertambahan sebanyak 21,176 kes baharu, hari ini.

Beliau yang berkongsi data berkenaan melalui media sosial berkata, Sarawak masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi apabila sebanyak 3,734 kes dilaporkan hari ini.

Katanya, ini disusuli Selangor dengan 3,595 kes baharu, Johor (2,297); Sabah (2,246); Pulau Pinang (1,939); Kedah (1,808) Perak (1,366); dan Kelantan dengan 1,254 kes.

Kes

Dr Noor Hisham berkata, negeri lain juga masih merekodkan kes positif iaitu Pahang dengan 853 kes; Terengganu (776); Melaka (485); Kuala Lumpur (467); Negeri Sembilan (252); Perlis (77); Putrajaya (21) dan Labuan yang merekodkan sebanyak enam kes baharu, terendah pada hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 21,476 pesakit sembuh akibat jangkitan COVID-19 hari ini sekali gus melebihi kes baharu iaitu 21,176 kes.

Perkembangan itu, katanya, menjadikan kes sembuh terkumpul kini 1,678,962 pesakit.

Beliau berkata, daripada 21,176 kes harian yang dilaporkan, 338 kes atau 1.6 peratus ialah kategori tiga, empat dan lima, manakala 20,838 kes atau 98.4 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baharu juga, empat kes import membabitkan seorang warganegara dan tiga rakyat asing. Sebanyak 21,172 kes membaitkan penularan dalam negara iaitu 18,608 warganegara dan 2,564 rakyat asing.

“Sebanyak 341 kematian turut direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif kematian seramai 19,827 orang,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862226/kes-covid-19-menghampiri-2-juta

BACA: Kerajaan bersetuju untuk sekat aktiviti lompat parti