Kes kematian yang perlu dibimbangi, bukan kes positif

Kes kematian yang perlu dibimbangi, bukan kes positif

Kes kematian yang perlu dibimbangi, bukan kes positif

Hari ini sudah hampir 3 Minggu pelaksanaan kononnya Total Lockdown.. dan lebih Sebulan setengah perlaksanaan PKP.. Kematian yang dicatatkan kekal Tinggi.. 83 Kematian hari ini..

Sebenarnya jika kes Positif tinggi hasil dari kecekapan..Dan skala besar saringan dalam menjejak kontak rapat, Bagi aku tidak ada masalah..Katakanlah kes 10 ribu sehari pun kalau kematian bawah 10 orang.. Malangnya kematian di Negara ini kekal Tinggi biarpun sudah hampir sebulan Total Lockdown..

Itu penting dalam Strategi Vaksinasi, Orang tua, Kelompok teramai di ICU terlebih dahulu di Vaksin.. sebab bagi memperkuatkan sistem kesihatan, Agar semua dapat hak dan rawatan yang baik..

Sebagai contoh Singapura, Tahun lepas dia ambil keputusan saring semua pekerja asing mereka..Lebih 500 ribu disaring dalam tempoh 3 Bulan, Dari saringan itu 50 ribu kes Positif dicatatkan berbanding bawah 2 ribu kes sebelum itu.. maknanya lebih 10% saringan dapati mereka positif..

Tapi berapa jumlah kematian dicatatkan sepanjang 3 Bulan itu ? Tak sampai 8 orang biarpun 50 ribu kes Positif.. Biarpun Singapura terlebih dulu catat jumlah kematian berbanding Malaysia.. Bayangkan, Pada mereka yg bergejala ringan terus ditakrif Positif..Mereka diasingkan..

Tapi Malaysia standard macam Pengurusan kewangan Bani melayu lah.. Bayar sikit sikit tak terasa sangat.. Jadi mcm hutang Ah Long, Bayar harian, Interest tinggi takpe..Tapi Hutang tak pernah habis..akhirnya tak mampu tampung bayaan hutang.. Bagi orang Cina lain, Dia kalau boleh nak settle Loan awal, Nak kurang bayar Interest..Kalau boleh nak Rebat lagi..

Tu sebab dulu ramai Bani Melayu marah bila Kerajaan PH cuba settle dan struktur kan hutang dulu..Biar susah dulu.. Bagi orang Melayu yang penting dapat Cash, BRIM..buat Hutang menimbun mcm Najib pun takpa.. itu cerita lain..

Sumber: