Kes kematian pertama akibat Omicron dilaporkan

Adun

Kes kematian pertama akibat Omicron dilaporkan.Sekurang-kurangnya seorang maut di dilaporkan di United Kingdom selepas dijangkiti varian Omicron, kata Perdana Menteri, Boris Johnson semalam.

Memetik laporan dari Reuters, sejak kes Omicron pertama dikesan pada 27 November lalu, Johnson telah mengenakan sekatan yang lebih ketat.

Johnson juga memberi amaran varian itu boleh mengatasi pertahanan imun mereka yang disuntik dengan dua suntikan vaksin.

Britain tidak memberikan butiran mengenai kematian selain orang itu telah didiagnosis di hospital.

Tidak jelas sama ada pesakit telah diberi vaksin atau mempunyai masalah kesihatan yang lain.

Kematian akibat Omicron mungkin berlaku di negara lain tetapi belum ada yang disahkan secara terbuka sebelum ini.

Sebelum kematian diumumkan, Britain berkata, 10 orang telah dimasukkan ke hospital dengan Omicron di England.

Umur mereka adalah dalam lingkungan 18 hingga 85 tahun dan kebanyakannya telah menerima dua dos vaksinasi.

Agensi Keselamatan Kesihatan UK berkata varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong pada akhir November.

Ia boleh mengatasi imuniti mereka yang telah mendapat dua suntikan vaksin seperti AstraZeneca atau Pfizer-BioNTech.

Kementerian kesihatan Afrika Selatan berkata, ia tidak dapat mengatakan dengan pasti jika mana-mana kematian Covid-19 disebabkan oleh Omicron kerana kematian tidak dipecahkan mengikut varian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula berkata, walaupun penemuan awal dari Afrika Selatan menunjukkan Omicron mungkin kurang teruk daripada varian Delta

BACA: Pekerja restoran maut tertikam paha sendiri

Artikel ini disiarkan pada 14/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)