Kes hina MB Kedah : Tok Abah dakwa difitnah Ketua Polis Daerah

MB

Kes hina MB Kedah : Tok Abah dakwa difitnah Ketua Polis Daerah. Seorang lelaki yang ditahan kerana didakwa mengaibkan Menteri Besar Kedah menuduh Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah memfitnahnya dalam kenyataan media.

Roslei Kamisan, 61, kini menuntut Adzli meminta maaf dan menarik balik tuduhannya, selain RM100,000 sebagai ganti rugi.

Adzli, dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Ogos, berkata Roslei yang juga dikenali sebagai Tok Abah mempunyai rekod jenayah lampau dan kini disiasat berhubung intimidasi jenayah.

Peguam Roslei, Ramkarpal Singh berkata, dakwaan berkenaan palsu dan bersifat memfitnah.

Katanya, polis dengan sengaja dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berkenaan, dengan sedia maklum bahawa ia akan dibaca oleh orang ramai dan ini akan merosakkan reputasi Roslei tanpa dapat dipulihkan.

“Ini menimbulkan persepsi bahawa anak guam saya seorang penjenayah dan tidak mematuhi undang-undang.

MB

“Ia juga memberi impresi bahawa ada kecenderungan untuk melakukan intimidasi jenayah terhadap orang lain, dan bahawa dia adalah orang yang jahat.”

Ramkarpal berkata, Adzli mempunyai 14 hari untuk memenuhi tuntutan tersebut, dan jika gagal, tindakan undang-undang akan dimulakan.

Roslei ditahan pada Isnin di Lenggong, Negeri Sembilan, susulan aduan dibuat pegawai media Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Adzli, pengadu mendakwa lelaki itu mengaibkan Sanusi dengan berkata, beliau “menunjukkan kebodohannya untuk dilihat semua orang” apabila membuat kenyataan mengenai kematian Covid-19, antara lainnya.

Sanusi pada satu sidang media berkata, kontena untuk menyimpan mayat Covid-19 di Kedah mencukupi, sebelum berseloroh bahawa sesiapa yang ingin masuk boleh “bagi nama”.

Ini mencetuskan kritikan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk Roslei di Facebook.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/14/dakwa-difitnah-warga-emas-dituduh-aib-mb-kedah-tuntut-ketua-polis-minta-maaf/

BACA: Panas !!! Idris Haron jadi king maker di Melaka