Kes harian Covid-19 : Sarawak terus kedudukan teratas diikuti Selangor

Kes harian Covid-19 : Sarawak terus kedudukan teratas diikuti Selangor.Sebanyak 19,733 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul 1,900,467 kes734 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak buat hari ketiga berturut-turut terus merekodkan kes harian melangkaui 3,000 kes dengan 3,100 kes hari ini.

Pulau Pinang (2,474) pula mencapai rekod baru kes tertinggi. Bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital juga meningkat, di sebalik 49.4 peratus penduduk dewasanya telah mendak suntikan vaksin.

Sementara itu, kes baru di Lembah Klang terus mencatatkan penurunan dengan Selangor merekodkan 2,989 kes baru manakala Kuala Lumpur 537.

Sarawak

Berikut pecahan setiap negeri (kumulatif):

Sarawak – 3,100 (140,912)
Selangor – 2,989 (630,575)
Pulau Pinang – 2,474 (100,906)
Sabah – 2,067 (165,439)
Johor – 1,867 (155,500)
Kedah – 1,564 (112,118)
Kelantan – 1,471 (88,287)
Perak – 1,319 (77,476)
Terengganu – 904 (39,232)
Pahang – 700 (48,807)
Kuala Lumpur – 537 (178,157)
Melaka – 375 (51,588)
Negeri Sembilan – 256 (93,527)
Perlis – 74 (2,466)
Putrajaya – 29 (5,627)
Labuan – 7 (9,850)

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590492

BACA: Tumbuk cermin Masjid hingga pecah, lelaki ditemui maut