Kes harian Covid-19 menurun ke 8,574, Selangor kekal tinggi

Kes harian Covid-19 menurun ke 8,574, Selangor kekal tinggi

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,574 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 844,870 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 4,308.

Diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411), Johor (407), Pahang (314), Sabah (298), Sarawak (235), Pulau Pinang (231), Perak (168), Terengganu (140), Kelantan (133), Labuan (66) dan Putrajaya (45).

Tiada kes dicatatkan di Perlis hari ini.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/12/8574-kes-covid-19-selangor-tertinggi/

BACA JUGA : Warga KL sudah 100 % dapat dos pertama vaksin – Annuar