Kes Ebit Lew : Polis minta orang ramai hentikan sebaran bahan berkaitan

Ebit Lew

Kes Ebit Lew : Polis minta orang ramai hentikan sebaran bahan berkaitan.Siasatan membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru kata beliau, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes itu dapat disiasat dengan telus.

“Polis mengesahkan telah merakam keterangan Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual.

Ebit Lew

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ebit Lew pagi ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menyifatkan apa yang berlaku terhadapnya sebagai fitnah yang kejam dan melampau.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/kertas-siasatan-ebit-lew-dirujuk-ke-dpp/

BACA: Terkini !!! Muhyiddin tiba di Istana Negara