Kes Covid-19 naik ke 150 sehari, penduduk Xian diperintah kekal di rumah. Xi’an, China yang dikenakan sekatan pergerakan, pada Isnin, mengetatkan kawalan apabila melarang penduduknya memandu kereta di sekitar bandar sebagai usaha mengawal penularan terburuk Covid-19 di negara itu dalam tempoh 21 bulan.
China berpegang kepada strategi sifar-Covid-19 iaitu sekatan sempadan ketat, kuarantin panjang dan sekatan yang disasarkan ketika Beijing bersiap sedia untuk mengalu-alukan ribuan pelawat luar negara untuk Olimpik Musim Sejuk Februari.
Bagaimanapun, bandar bersejarah Xi-an yang mempunyai kira-kira 13 juta penduduk sedang mengharungi hari keenam perintah ‘kekal di rumah’, berikutan lonjakan jangkitan harian di seluruh negara kepada jumlah tertinggi sejak Mac tahun lalu.
Menurut laman sosial kerajaan bandar, sekatan diperketatkan lagi pada Isnin apabila Xi’an mengumumkan ia akan mengenakan langkah kawalan sosial yang paling ketat.
Bandar utara itu yang menjadi tempat penemuan patung askar China iaitu Terracotta Warriors yang terkenal seluruh dunia, merekodkan 150 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya sekitar 650 kes, sejak 9 Disember lalu.
Berdasarkan pengumuman terkini, tiada kenderaan dibenarkan berada di jalan raya, melainkan untuk membantu kerja kawalan penyakit.
Polis dan pegawai kesihatan akan memeriksa dengan ketat kereta, dan mereka yang melanggar peraturan boleh berdepan penahanan 10 hari dan denda 500 yuan (kira-kira RM326).
Dua bandar lain di wilayah Shaanxi juga melaporkan kes yang dikaitkan dengan Xi’an, ketika pihak berkuasa menggesa pekerja asing dari bandar itu untuk tidak pulang ke rumah pada cuti Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
BACA JUGA:
400 pelajar Parlimen Parit Buntar terima sumbangan kelengkapan sekolah
Panas !!! Pakar Meteorologi dedah sistem amaran banjir negara gagal berfungsi
Terkini !!! Pekan Kajang banjir, Sungai Langat kembali cecah paras bahaya