Kes Covid-19 makin meningkat, ada syor agar laksana PKP sementara

Kes Covid-19 makin meningkat, ada syor agar laksana PKP Kes Covid-19 makin meningkat, ada syor agar laksana PKP sementara, kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.

Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, sekiranya tidak dikawal kemungkinan besar negara akan menyaksikan peningkatan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, kes positif COVID-19 yang membabitkan ibu mengandung, kanak-kanak dan warga emas semakin meningkat dengan penularan varian Omicron.

Kes Covid-19 makin meningkat, ada syor agar laksana PKP sementara

“Mestipun syor ini tidak begitu digemari, namun saya berpendapat kerajaan perlu melaksanakan PKP sementara bagi strata-strata berisiko ini dengan tujuan mengawal pintu masuk negara dalam memperlahankan ledakan ini.
“Kalau terlalu ramai yang masuk, saya tidak menolak akan berlaku juga peningkatan kemasukan ke hospital, dan saya bimbang akan berlaku satu keadaan di mana sistem kesihatan kita tidak mampu untuk mengawal nanti,” katanya seperti yang dilapor kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.

Melihat pada pola jangkitan, Dr Malina menjangkakan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 akan terus meningkat sehingga mencecah 250,000 kes dalam tempoh dua minggu.
Ditanya mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di berapa negara luar termasuk pemansuhan pelitup muka dan sebagainya, beliau berkata, Malaysia tidak boleh terlalu mengikut model negara-negara luar kerana kapasiti dan sistem kesihatan setiap negara adalah berbeza.

BACA JUGA :

Rafizi beri ‘signal’ bakal kembali ke pentas politik?

Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku

Ini tips simpan bawang tahan lama, confirm tak cepat busuk

TONTON JUGA:

CATEGORIES