Kes bunuh : Polis Kelantan buru Iwe Telosan

Polis sedang memburu salah seorang daripada lima suspek yang masih bebas selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek yang dicari adalah Tuan Mohd. Ridzwan Tuan Mohamad, 32, atau lebih dikenali sebagai Iwe Telosan yang berasal dari Kampung Telosan, Pasir Puteh.

Katanya, sebelum ini, polis telah menahan empat lelaki berusia antara 34 hingga 44 tahun untuk membantu siasatan selepas mereka mengaku berada di lokasi kejadian pada 1 Ogos lalu.

“Keempat-empat suspek kini menjalani tempoh reman sehingga 17 Ogos ini. Oleh itu, polis sedang mengesan Iwe Telosan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Pemeriksaan mendapati, suspek yang masih bebas ini mempunyai empat rekod jenayah lampau berkait kes culik, khianat dengan api, khianat dan mencuri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

bunuh

Tambah Shafien, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala di hadapan sebuah rumah di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh pada 1 Ogos lalu.

Mayat lelaki berusia 36 tahun itu dijumpai dalam keadaan terlentang di kawasan itu kira-kira pukul 9.30 malam.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/15/polis-kelantan-buru-iwe-telosan/

 

BACA JUGA :

Hasrat tatap anak sendiri tak kesampaian, jururawat hamil maut kerana Covid-19

CEO MBSB dilapor meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19

TMJ titah Pengarah Kesihatan Johor menghadap