Kes baru Covid-19 di Selangor melonjak ke 1200 hari ini

Kes baru Covid-19 di Selangor melonjak ke 1200 hari ini

Sejumlah 3,418 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 415,012 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman Twitternya, Selangor mencatatkan angka tertinggi pada hari ini iaitu 1,200 kes.

Ia kemudiannya diikuti dengan Sarawak, 587 kes baharu dan Kelantan, 400 kes dicatatkan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-3418-kes-positif-baharu-selangor-catat-1200-kes-296068