Kes babit Ebit Lew : Beberapa mangsa sudah beri keterangan, polis mohon mangsa lain turut tampil

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi meminta saksi dan juga mangsa dalam kes berkaitan dakwaan menerima gangguan seksual daripada Ebit Lew dinasihatkan tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, ia bertujuan untuk memastikan polis dapat mengambil keterangan mangsa dan saksi dalam kes terbabit.

Beliau mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana individu iaitu saksi atau mangsa supaya tampil segera membantu siasatan melengkapkan kes melibatkan pendakwah terkenal itu.

Kes babit Ebit Lew : Beberapa mangsa sudah beri keterangan, polis mohon mangsa lain turut tampil

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

“PDRM mahu menasihatkan mangsa atau saksi yang berkemungkinan terkesan supaya sila tampil segera ke hadapan dan bantu kami untuk meneruskan siasatan.

“Setakat ini, ada beberapa saksi yang sudah memberi kerjasama dengan tampil dan sudah dirakam keterangan dalam kes terbabit.

“Maka PDRM harap mereka (saksi, mangsa) yang masih ada di luar sila tampil beri kerjasama teruskan siasatan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu dalam perkembangan kes berkenaan, Bukit Aman memaklumkan pihaknya masih menyiasat video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan seorang lagi pendakwah.

Pada Khamis lalu, Bukit Aman megesahkan pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan pendakwah terbabit.

Malah pada 1 Oktober lalu, Abd Jalil mengesahkan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dan isterinya telah hadir ke Bukit Aman dan selesai dirakam keterangan untuk membantu siasatan.

Beliau dalam perkembangan berkaitan menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa jua bahan di mana-mana platform bagi mengelak sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan polis.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/05/saksi-mangsa-dakwa-terima-gangguan-seksual-pendakwah-sila-tampil-polis/

BACA JUGA : Panas !!! Ketua Menteri Melaka dilapor kemuka cadangan bubar DUN

COMMENTS

Wordpress (1)