Kes Adib : Nak tanya YB Mujahid pun, beliau kini sudah pembangkang

Kes Adib : Nak tanya YB Mujahid pun, beliau kini sudah pembangkang

Kes jenayah terhadap Adib, kakitangan kerajaan yang beruniform yang telah dibelasah ketika bertugas pada 27 November 2018, masih segar dalam ingatan.

Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018.

Ayah dan ahli keluarga allahyarham Adib masih menghubungi kami memohon bantuan dan pembelaan terhadap kes berprofil tinggi tersebut.

Saya dan rakan-rakan saya hanya marhein yang tidak punyai apa-apa posisi. Nak tanya YB Mujahid pun, beliau kini berada di kerusi pembangkang.

Apakah YB-YB yang kini berada dalam kerajaan masih sudi dan bersedia untuk membantu keluarga Adib ?

(Teringat keratan akhbar YB Ismail Sabri – UMNO dan YB Fadhli Shaari – PAS)

Semoga dianugerahi arwah Adib, syurgaNya bersama para solehin dan siddiqin.

Sumber :

COMMENTS