Kerjasama dengan PN : “Kita sentiasa mengkaji”, kata Pas

“Kita sentiasa mengkaji” dan PAS menerima kekalahan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka sebagai satu proses demokrasi.

Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS berkata rakyat Melaka sudah membuat keputusan dan sebagaimana maklum BN menang dan sudah membentuk kerajaan.

Memetik laporan malaysia kini beliau berkata “Bagi saya, kita terima keputusan PRN dan ia satu proses demokrasi. Kita berharap kerajaan yang diberi mandat bertindak dengan adil dalam melayani rakyat Melaka.

Beliau juga berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PRN Melaka yang menyaksikan PAS tewas di semua kerusi bersama PN, manakala berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 28 dewan undangan negeri (DUN).

“Baru-baru ini pun kita berusaha supaya PRN Melaka tidak berlaku perpecahan.

Takiyuddin Hassan

“Tetapi apabila tiada pilihan itulah yang berlaku dan usaha dilakukan sehingga peringkat terakhir, kita terima keputusan dibuat rakyat,” kata Takiyuddin.

Mengulas lanjut beliau juga ditanya kemungkinan PAS akan mengkali semula kerjasama dengan PN susulan keputusan tersebut, Takiyuddin tidak memberikan jawapan jelas.

“Kita sentiasa mengkaji, pokoknya PAS mementingkan penyatuan ummah.

“Baru-baru ini pun kita berusaha supaya PRN Melaka tidak berlaku perpecahan.

“Pilihan raya adalah proses memilih dan apabila mereka dipilih oleh rakyat, tanggungjawab kerajaan menjaga seluruh rakyat negeri itu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, hari ini.

BACA: Wanita terkejut anak tunjuk lokasi ‘Hantu Kopek’

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar
    frolpwecerit 5 days

    What i do not realize is if truth be told how you are now not actually a lot more neatly-appreciated than you may be now. You’re very intelligent. You realize thus significantly on the subject of this topic, made me in my opinion believe it from numerous various angles. Its like men and women aren’t interested unless it’s one thing to accomplish with Lady gaga! Your personal stuffs outstanding. At all times take care of it up!

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA: Kerjasama dengan PN : “Kita sentiasa mengkaji”, kata Pas […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Kerjasama dengan PN : “Kita sentiasa mengkaji”, kata Pas […]