Kerjasama dengan PKR : Pas akan dapatkan penjelasan Umno

Kerjasama dengan PKR : Pas akan dapatkan penjelasan Umno

PAS tidak akan melatah dengan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengenai kerjasama bakal dijalin dengan Umno menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mempunyai platform untuk berbincang dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kami akan dapat penjelasan. PAS tidak akan melatah, sebab kenyataan itu daripada PKR,” katanya kepada FMT.

Semalam, Anwar berkata wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno, dengan beberapa pertemuan diadakan dengan pemimpin parti itu menampakkan hasil “positif”.

Dalam siri temubual dengan Utusan Malaysia, beliau berkata pertemuan itu berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berpuas hati dengan hasil perbincangan itu, namun menegaskan sebarang kerjasama dengan Umno bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata setakat ini, tiada pengesahan daripada Umno berhubung dakwaan Anwar.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/16/pas-tak-melatah-dakwaan-anwar-kerjasama-dengan-umno-kata-tuan-ibrahim/