Kerap makan kari mampu hindar nyanyuk

Kerap makan kari mampu hindar nyanyuk.Satu kajian terbaharu menunjukkan tabiat memakan hidangan kari tradisional Jepun dapat membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit nyanyuk, lapor portal SoraNews24, kelmarin.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Tokyo dan Universiti Nishogakusha mengumpulkan data seramai 2,000 individu berusia 50 tahun dan ke atas dengan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama ialah mereka yang kerap memakan kari, manakala kumpulan kedua terdiri daripada individu yang jarang menikmati hidangan lazat tersebut bagi tempoh setahun.

Setiap responden kemudian diberikan penilaian risiko demensia (nyanyuk) , manakala skor relatif mereka dibandingkan.

Kerap makan kari mampu hindar nyanyuk

Kumpulan penyelidik itu berkata, hasil kajian mendapati wujud kaitan kukuh antara markah ujian mereka dengan kekerapan memakan kari dalam jangka masa panjang.

Mereka yang makan kari kurang sekali dalam setiap bulan mendapat markah 1 untuk risiko demensia, manakala mereka yang memakannya sebulan sekali menyaksikan risiko tersebut turun kepada 0.834.

Individu yang memakan kari dua atau tiga kali dalam tempoh sebulan menyaksikan risiko dementia terus menurun kepada 0.754 dan risiko 0.718 mata bagi individu yang memakan kari empat kali sebulan atau lebih kerap.

Korelasi sedemikian tidak dapat ditemui pada individu yang memakan kari pada frekuensi sama ini dalam tempoh kurang setahun.

Namun begitu, pakar-pakar berpendapat kajian lebih mendalam diperlukan bagi mengesahkan kaitan antara tabiat memakan kari dan pengurangan risiko mendapat penyakit nyanyuk.

BACA: Dua daerah di Terengganu ini dikenalpasti ‘hotspot’ emas
Hospital Amerika berjaya pindah jantung babi kepada manusia
Tanpa sedar kita buat 4 kesalahan ini waktu charge phone, hasilnya phone mudah rosak