Kerana Pengumuman PM, pejabat MP Parit Buntar kena serbu

Kerana Pengumuman PM, pejabat MP Parit Buntar kena serbu

Kerana Pengumuman PM, pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar kena serbu. Pengumuman Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yasin akan memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit untuk program Bantuan Bakul Makanan kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) menyebabkan penduduk di Parit Buntar menyerbu Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar ,hari ini.

Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Muhamad Nakhaie Abdul Wahab berkata, penduduk yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 3.0 datang sejak awal pagi untuk mendapatkan sumbangan.

Kerana Pengumuman PM

“ Semalam PM umum, pagi ini penduduk sudah beratur di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar sedangkan kami belum menerima apa-apa peruntukan bantuan makanan dari kerajaan

“ Kami kasihan kepada penduduk yang terkesan kerana berharap bantuan dari kerajaan disebabkan hilang punca pendapatan dalam tempoh PKP 3.0” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar.

Nakhaei berkata, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah menghubungi Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (UPP) di Ipoh pagi ini dan pihak UPP memaklumkan tiada apa-apa arahan lagi tentang peruntukan tersebut

“ Pusat Khidmat kami pernah diserbu penduduk semasa PKP 1.0 ,selepas pengumuman PM menyalurkan peruntukan 100 kotak makanan kepada setiap Parlimen

Kerana Pengumuman PM

“ Sedangkan , 100 kotak makanan itu bukan diberikan melalui Ahli Parlimen sebaliknya melalui parti politik UMNO, PAS dan PPBM di Parit Buntar” katanya

Menurutnya, Pusat Khidmat telah mengambil maklumat hampir 300 penduduk yang hadir memohon bantuan pada hari ini.

“ Sama seperti PKP 1.0, pihak kami perlu mencari dana sendiri bagi menyalurkan sumbangan kepada penduduk yang hadir pada hari ini.

“ Kami berharap kerajaan segera menyalurkan peruntukan yang dijanjikan melalui Ahli Parlimen supaya penduduk terkesan dapat dibantu” katanya

Tambahnya, sepanjang tempoh PKP 3.0 ini pihaknya setiap hari akan turun padang menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan di Parit Buntar.

“ Kami usaha sendiri mencari dana sumbangan untuk penduduk yang terkesan di Parit Buntar

“ Terlalu banyak dana yang perlu disediakan untuk membantu penduduk yang terkesan kerana hilang punca pendapatan seperti peniaga, pekerja kantin dan pembantu kedai” Jelasnya

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang banyak memberi bantuan kepada penduduk di Parit Buntar

“ Ramai yang ingin membantu dan meminta pihak kami memberikan maklumat bantuan yang boleh disalurkan” katanya

Kepada yang ingin sama-sama membantu penduduk terkesan di Parit Buntar, boleh salurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 08022010050832 di atas nama PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN PARIT BUNTAR

Sumber:

Jika Anda Terlepas:Sukarelawan terkejut tengok barang bantuan bertimbun dalam rumah penerima