Kerana French Fries, Burger King kalah dengan McDonald’s yang ramai tak tahu

Oleh INFORAKYAT

Kerana French Fries, Burger King kalah dengan McDonald’s yang ramai tak tahu.

Bila bercakap tentang french fries, pasti Mekdi akan jadi sebutan walaupun cepat kejung.

Burger King nampak benda ni lantas lancarkan Perang French Fries terhadap Mekdi.

Kerana French Fries, Burger King kalah dengan McDonald's yang ramai tak tahu

Macam mana perang ini boleh berlaku?

Sejak awal lagi, Burger King sentiasa kalah dengan Mekdi biarpun kedua-duanya menawarkan menu yang hampir sama. Tapi ada satu kelemahan Mekdi yang Burger King dapat kesan iaitu french fries.

Masalah utama french fries Mekdi adalah cepat kejung dan keras bila dah sejuk. Ditambah lagi, biasanya pelanggan tidak akan menghabiskan french fries yang kejung lalu berlaku pembaziran.

Apa yang Burger King buat adalah bereksperimen untuk menghasilkan french fresh yang rangup dan tak cepat kejung. Burger King berjaya menemui resepi terbaik dengan mengaulkan jejari kentang bersama tepung ubi.

Tapi resepi baru itu masih belum mampu tarik ramai pelanggan. Jadi Burger King beri french fries percuma kepada 500 pelanggan terpilih untuk dapatkan maklum balas. Hampir kesemua pelanggan menyukai french fries tersebut.

Mekdi yang melihat situasi itu kekal tenang. Sebab hampir 9 juta pelanggan membeli french fries setiap hari. Setakat hilang 500 orang pelanggan, sikit pun tak goyang.

Burger King membalas balik dengan memberi 15 juta french fries percuma kepada pelanggan setiap hari. Respon yang diterima amatlah positif sehingga ramai pelanggan setia Mekdi turut menggemari french fries Burger King.

Habis menggelabah beruk Mekdi. Lepas tu dia terus tawarkan french fries percuma jika pelanggan beli set large. Burger King pula hanya gelak saja lihat reaksi Mekdi. Katanya deme tak tergugat pun dengan strategi Mekdi.

Tak boleh jadi ni sebab dah nak hampir kalah. Mekdi pun menyerang menu Burger King yang lain iaitu whopper dengan menawarkan Big Xtra. Strategi itu berjaya dan Burger King terpaksa memberikan fokus bagi menghadapi Mekdi dalam persaingan burger pula.

Lama-kelamaan, french fries mula terabai dan ramai pelanggan semakin tidak menggemarinya. Malah ada yang cakap makan french fries Burger King macam telan kacang panjang yang disalut kertas pasir.

Bermula sejak itu french fries Mekdi mendapat sambutan kembali kerana keaslian resepinya biarpun cepat kejung. Burger King pula kurangkan asakannya terhadap Mekdi dan memberikan fokus kepada whopper.

BACA:

Kerana inflasi yang melampau! Duit dah tiada nilai, urusan jual beli bayar dengan bawang

“Asyik nak kena lastik je, kalau tepat takpe lah”, Ini cara buat cicak ‘confirm’ tak suka rumah anda!