Sejumlah 4.1 Juta isi rumah terima Skim Perlindungan Nasional B40 (berusia 18 hingga 55 tahun) secara percuma bermula 01 Januari 2019. Kementerian Kewangan memaklumkan dana permulaan sebanyak RM 2 Bilion itu bakal menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma kpd penerima yg layak untuk 36 jenis penyakit kritikal.
Skim berkenaan menawarkan perlindungan Insuran Takaful kesihatan secara percuma kpd golongan B40 yang berkelayan sebagai bantuan menghadapi berbagai cabaran tahap kesihatan yang menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka. Skim ini mencatat sejarah pertama kali diperkenalkan bagi memenuhi janji manifesto PH bagi mengurangkan kos sara hidup bagi golongan ini yang ditimpa penyakit. Para penerima akan mendapat bayaran RM 8 Ribu yang diagihkan dalam tempuh masa yang akan diumumkan.
Skim ini juga akan menyediakan bayaran harian untuk rawatan Hospital untuk tempuh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM 50 sehari atau bersamaan RM 700 setahun. Skim ini akan menawarkan perubatan selama 5 tahun untuk kumpulan sasaran.
Segala maklumat berkaitan perkara ini akan diumumkan sewaktu pelancaran skim ini pada awal tahun hadapan.