Kerajaan umum harga siling ayam RM9.40 bermula 1 Julai

Kerajaan umum harga siling ayam RM9.40 bermula 1 Julai. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

“Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca Artikel Penuh