Kerajaan umum bantuan khas untuk warga emas

Kerajaan umum bantuan khas untuk warga emas. Kerajaan Selangor umum bantuan terbaru untuk rakyat Selangor. Pengumuman ini khas untuk bantu warga emas yang dinamakan sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak sebanyak RM2,500. Bermula pada 1 haribulan Mei 2019 program khairat kematian telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat masa hidup sebanyak RM100 setahun di dalam bentuk program baru iaitu ‘Jom Shopping’ kepada warga emas / OKU yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada bulan Oktober tahun 2019.

Penambahbaikan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup.

Baca Artikel Penuh