Kerajaan tidak pernah arah hotel ditutup di kawasan PKP, PKPB atau PKPP – Menteri

Kerajaan tidak pernah mengarahkan pengusaha hotel menutup operasi perniagaan masing-masing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu terpulang kepada pengusaha perniagaan itu sama ada mahu membuka operasi perniagaan atau sebaliknya.

“Untuk pengetahuan, kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel ditutup, sama ada di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP). Hotel sentiasa boleh beroperasi

“Walau bagaimanapun, jika ada hotel tidak beroperasi kerana kerana kekurangan pelanggan, perkara itu terpulang kepada pengusaha.

“Kerajaan tidak pernah mengarahkan hotel menutup operasi mereka. Operasi hotel dibenarkan, malah aktiviti pelancongan sekarang ini di kawasan PKPB dan PKPP sudah dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, operasi pelancongan hanya tidak dibenarkan di kawasan dikenakan PKP namun hotel di kawasan itu boleh membuka operasi dan restoran di dalam hotel dibenarkan menerima pelanggan namun perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/789416/kerajaan-tidak-pernah-arah-hotel-ditutup-semasa-pkp

COMMENTS

Wordpress (0)