Kerajaan Terengganu tidak bercadang bayar pampasan kepada penduduk terkesan krisis air

Kerajaan Terengganu tidak bercadang bayar pampasan kepada penduduk terkesan krisis air

Kerajaan Terengganu tidak bercadang bayar pampasan kepada penduduk terkesan krisis air.Kerajaan negeri tidak bercadang membayar pampasan kepada 28,300 pemegang akaun yang terkesan berikutan krisis bekalan air di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr Mamad Puteh berkata, ini berikutan kerajaan sudah mengumumkan bayaran bil air dikecualikan selama dua bulan kepada penduduk terbabit.

Katanya, kerajaan juga sudah meluluskan bantuan segera berjumlah RM2.79 juta bagi membantu lebih 150,000 penduduk di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang terputus bekalan air susulan paip pecah di dasar sungai Terengganu pada Ogos dan awal bulan ini.

“Mangsa yang terkesan turut menerima pelbagai bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Kerajaan

“Pada masa sama, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) juga menyalurkan bekalan air bersih sepanjang krisis yang berlaku dua kali iaitu pada 2 Ogos dan 23 Ogos lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Pertama Penggal ke-14 Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca utama kebocoran paip disebabkan tiada sokongan di dasar sungai.

Katanya, paip yang dibina pada 2003 dan siap sepenuhnya pada 2006 ditanam antara 1.5 meter dan dua meter dalam tanah di dasar sungai.

“Aktiviti mengorek pasir dipercayai punca berlakunya runtuhan sehingga keadaan paip tergantung, namun punca sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mamad berkata, kerajaan akan menubuhkan satu unit khas untuk memantau keadaan paip di dasar sungai di setiap daerah di negeri ini.

“Unit khas itu perlu ditubuhkan bagi mengenal pasti kedudukan paip di dasar sungai sebelum melaksanakan pelbagai projek terutama membabitkan kerja pengambilan pasir,” katanya.

Penduduk terjejas mula menerima bekalan air hari ini

Beriat Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/754702/tiada-bayaran-pampasan-kepada-penduduk-terkesan-akibat-krisis-air

BACA: SOP PPN : Daripada 181 bakal jadi 10 sahaja – Hishamuddin