Kerajaan tak mahu laksana undi 18, kumpulan remaja ini saman kerajaan

Seramai 18 remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun menyaman kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan penuruhan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Kumpulan pro-Undi18 Persatuan Pengundi Muda berkata mereka memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Mereka akan memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan SPR menangguhkan Undi18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak berpatutan dan merupakan pencabulan terhadap hak pengundi.

Mereka juga mahukan pengisytiharan bahawa pengundi berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021 serta memohon mahkamah membatalkan penangguhan itu.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan akhbar dan sidang media mereka di Kuala Lumpur hari ini.

“Undi18 (Persatuan Pengundi Muda) berpendirian teguh bahawa anak muda yang berumur 18 ke 20 tahun berhak untuk mengundi,” menurut persatuan itu.

Remaja terlibat termasuk aktivis muda Nurul Rifayah, 18, Rifqi Faisal, 18 dan Elisa Shafiqah, 19 dan Lim Yue Kin, 18.

Semakan kehakiman itu difailkan oleh peguam New Sin Yew daripada tetuan AmerBon Advocates.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/569160

COMMENTS

Wordpress (0)