Kerajaan tak jatuh jika PM letak jawatan, tapi ia jatuh bila MP melompat

Kerajaan tak jatuh jika PM letak jawatan, tapi ia jatuh bila MP melompat

Sebab itu kena faham. Kerajaan tak jatuh hanya kerana seorang Perdana Menteri letak jawatan.

Ia jatuh bila MP lompat parti, tak sokong anda lagi maka anda tiada lagi majoriti sebagai kerajaan.

Macam dua makhluk ini, dan juga beberapa makhluk yang dah buat demikian setahun lalu. Ramai dari PKR.

Paling tidak pun, bila Maszlee Malik dan Syed Saddiq tidak bersama Pejuang, mereka tak jual diri kepada Muhyiddin (so far).

Sebab itu Tun M pun tak ingin jadi PM kerajaan pengkhianat nasional. Tak penat ke jadi kerajaan terpaksa tarik tali sokongan orang, sampai terpaksa gantung parlimen?

Satu lagi, parti PKR ni, dulu elok ada dekat 50 kerusi, seorang demi seorang hilang. Lepas tu ulang skrip salah atuk letak jawatan. Sama bodoh macam Bersatu.

Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada Anwar.

Sumber :