PH, Warisan, GPS : Jajaran baharu untuk diteroka

PH, Warisan, GPS : Jajaran baharu untuk diteroka

Kerajaan Stabil : Gabungan PH, Warisan, GPS – Jajaran baharu untuk diteroka.  Keputusan MKT Umno menarik sokongan dari kerajaan PN berkuat kuasa serta-merta menyebabkan Mahiaddin kini hilang majoriti dan kabinet kini tergantung.

Pada masa sama, penegasan Umno bahawa tidak akan menyokong pencalonan Anwar sebagai PM dan tidak akan bersama DAP-PH lead government memberi gambaran tiada mana-mana parti atau gabungan parti yang mempunyai majoriti (lebih 111 kerusi) untuk membentuk kerajaan baharu.

Kedudukan semasa di blok kerajaan kini hanya tinggal 77 kerusi iaitu PPBM (32), Pas (18), GPS (18), STAR (1), MIC (1), PBRS (1), MCA (2) dan Bebas (3).

Sementara di blok pembangkang kini menjadi 143 kerusi iaitu Pakatan Harapan (89), Umno (38), Warisan (8), Bebas Tun M dan Muda (5), PBS (2) dan Upko (1).

Sementara dua lagi kerusi parlimen masih kosong iaitu Grik dan Batu Sapi ekoran kedua-dua ahli parlimennya meninggal dunia dan belum diisi.

Dalam keadaan ini, kerajaan PN khususnya Mahiaddin sebenarnya sudah hilang majoriti dan di atas kertas Pakatan Harapan mempunyai jumlah kerusi paling tinggi dan kukuh, namun masih tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Jika Umno bersama PH, sudah tentu satu kerajaan yang stabil dan kukuh dapat dibentuk. Namun ia mungkin tidak berlaku ekoran Umno masih kekal dengan keputusan seperti diumumkan Zahid malam tadi.

Walaubagaimanapun, masih ada jalan lain untuk diteroka bagi membentuk sebuah kerajaan stabil.

Gabungan PH (89) + Warisan (8) + GPS (18) yang akan membentuk 115 kerusi merupakan formula terbaik setakat ini.

Dan jika ada beberapa lagi MP Umno turut menyokong gabungan ini, sudah tentu ia lebih kukuh.

Selain stabil, jajaran baharu ini juga bakal membentuk sebuah kerajaan yang mewakili seluruh segmen rakyat Malaysia

Sumber:

kalau Anda terlepas:Panas !!! Mesyuarat Umno tegang? Ahli MKT bukak cerita apa yang berlaku