Kerajaan Selangor berjaya batalkan cadangan bina pusat judi lumba kuda terbesar

Kerajaan negeri Selangor berjaya dalam rayuannya untuk membatalkan pelaksanaan cadangan pembinaan Selangor Turf Club (STC) termasuk bagi membina Pusat Sukan Ekuesterian (ESC) yang melibatkan judi lumba kuda antara terbesar di Asia, di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Kerajaan Selangor berjaya batalkan cadangan bina pusat judi lumba kuda terbesar

Peguam, Datuk Kamaruzaman Arif menerusi kenyataannya memaklumkan, Mahkamah Rayuan dalam keputusannya pada 3 November lalu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 9 November 2017 yang membenarkan semakan kehakiman Berjaya Land Berhad dan dua lagi terhadap kerajaan negeri Selangor serta satu pihak lain.

“Panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati tidak wujud suatu pengharapan sah terhadap responden,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Datuk Lee Swee Seng yang turut memerintahkan responden membayar kos RM20,000 kepada kerajaan negeri Selangor.

Turut bersidang, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Pada 9 November 2017 yang lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan semakan kehakiman Berjaya Land Berhad untuk meneruskan cadangan pembangunan STC termasuk bagi membina ESC dengan keluasan 120 hektar di Bukit Tagar.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan ganti rugi yang dialami oleh Berjaya dan dua pihak lagi ditaksirkan.

“Mereka kemudiannya telah menuntut RM 2,108,834,159.57 sebagai ganti rugi daripada kerajaan negeri Selangor dan Pengarah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor,” katanya.

Kerajaan negeri yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah memfailkan rayuan.

Sebelum ini, media melaporkan cadangan pembinaan tersebut mendapat tentangan penduduk setempat termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan pelaksanaan pembinaan STC dengan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, pada 4 Julai 2014 selain turut menghantar memorandum bantahan.

Selain Kamaruzaman, kerajaan negeri Selangor turut diwakili Sofiah Omar dari firma Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah.

Rayuan tersebut turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Husna Abdul Halim.

BACA JUGA : Terkini !!! Takiyuddin disahkan positif Covid-19
Terkini !!! Adly Zahari diumum secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Pakatan Harapan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA :¬†Kerajaan Selangor berjaya batalkan cadangan bina pusat judi lumba kuda terbesar […]