Kerajaan sedang pertimbang wajibkan vaksin – PM

Kerajaan

Kerajaan sedang pertimbang wajibkan vaksin.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengambilan vaksin Covid-19 mungkin diwajibkan jika masih ramai yang enggan menerimanya.

Ini kerana kata Perdana Menteri, ia dibimbangi individu yang tidak divaksin boleh menjangkiti orang lain, sedangkan keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan semua rakyat di negara ini.

“Setakat ini kita masih belum lagi mewajibkan tetapi saya percaya satu hari nanti kalau masih ramai yang enggan menerima vaksin mungkin kita akan tetapkan perkara itu sebagai wajib.

“Kita tidak mahu perkara itu (tidak mengambil vaksin) kerana mereka yang degil tidak mahu mengambil vaksin boleh menyebabkan masalah kepada orang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Yang hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Kerajaan

Ismail Sabri berkata, pengambilan vaksin penting dalam mencegah penularan Covid-19 seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak berbahaya itu sekali gus memastikan keselamatan seluruh rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam usaha mengatasi kesesakan di pusat pemberian vaksin khususnya melibatkan warga asing, pihak kilang perlu menjadikan kawasan mereka sebagai tempat pemberian vaksin.

Selain itu katanya, bagi menghindarkan penularan wabak Covid-19 semasa mendapatkan vaksin beliau meminta pemberian vaksin secara pandu lalu diperbanyakkan di seluruh negara.

Katanya, melalui langkah itu juga, majikan di kilang terbabit boleh mempercepatkan proses vaksinasi pekerja mereka dengan membeli sendiri vaksin Covid-19.

“Kita kata mana-mana kilang lebih 80 peratus pekerja sudah dapat dua dos vaksin mereka boleh buka kilang, saya percaya harga vaksin tidak begitu mahal berbanding kerugian kalau terus tutup kilang,” katanya
Berita Penuh : utusan.com.my/terkini/2021/08/kerajaan-pertimbang-wajibkan-vaksin-pm/

BACA: Pas percaya dengan kemampuan barisan jemaah menteri baharu