Kerajaan Pulau Pinang siapkan rumah mampu milik serendah RM72,500. Masa depan Pulau Pinang adalah di Seberang Perai.
Pembangunan serta pelaburan pesat di Batu Kawan sejak beberapa tahun lalu telah menyuntik keyakinan bahawa Pulau Pinang akan terus ke depan.
Perkembangan serta kemasukan kepelbagaian industri di sini telah membawa kebaikan pada aspek ekonomi dan juga mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.
Terkini, kilang Western Digital di Batu Kawan telah diiktiraf sebagai Sustainability Lighthouse pertama di Asia oleh World Economic Forum.
Institusi-institusi pengajian tinggi baharu dan bakal dibangunkan di sini juga akan melahirkan generasi muda serta graduan berkemahiran tinggi kelak.
Serentak itu, Kerajaan Negeri telah menyempurnakan projek rumah mampu milik Suria 1 di Batu Kawan (520 unit) dengan harga serendah RM72,500.
Dalam pada itu, projek perumahan Suria 2 dengan 520 unit mampu milik juga kini sedang giat dibangunkan.
Sesungguhnya, semua pembangunan ini kami lakukannya demi masa depan Pulau Pinang.
BACA:
Bekalan ayam makin kurang, peniaga bakal tutup kedai
Air mata Abang Long Fadil menitis jumpa Ebit Lew
Suami sedang tenat, isteri bawa kekasih gelap minta izin untuk kahwin lain