Kerajaan PN telah berjaya, siapa kata gagal?, tanya Azmin

Kerajaan PN telah berjaya, siapa kata gagal?, tanya Azmin

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan kerajaan gagal mengawal penularan Covid-19.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan telah berjaya mengurangkan landai lengkuk jangkitan virus berkenaan yang mana jumlah harian Covid-19 yang menurun.

Kata Mohamed Azmin, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan berbilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan semua kemudahan sama ada di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Pejabat Kesihatan Daerah mencukupi.

Jelasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan dilihat memberi kesan positif.

“Inilah sedang dilakukan dan saya yakin kalau kita dapat percepatkan program imunisasi mengikut jadual ditetapkan ia boleh membantu kita kalau kita mengikut pelan pemulihan negara.

“Ini semua terbukti dan kita telah pun nampak keberkesanan yang dilakukan kerajaan sekarang ini,”katanya pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Mount Austin hari ini.

Pada minggu lalu. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri akan dibuka di Johor bagi pemberian vaksin kepada pekerja industri di negeri itu.

Ia membabitkan PPV Industri di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, Kota Tinggi, yang beroperasi kelmarin manakala PPV di Mount Austin dijangka beroperasi 28 Jun ini.

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/06/18/siapa-kata-kerajaan-gagal-azmin/