Kerajaan PN sudah jatuh secara perlembagaan – Shahrir

Kerajaan PN sudah jatuh secara perlembagaan. Tak perlu hendak dihidupkan kembali nama sebuah kerajaan yang telah jatuh bersama Perdana Menterinya. Jatuhpun kerajaan PN kerana peruntukan Perlembagaan, iaitu berperlembagaan atau secara ‘constitional’.

Lagi pun kerajaan kedua pasca PRU14 tertubuh pada 10 Mac 2020 dengan TS Mahiaddin sebagai PM.
Perikatan Nasional atau PN tertubuh 5 bulan kemudian pada 7 Ogos 2020 sebagai gabungan parti-parti politik, akhirnya lima kesemuanya.

kerajaan PN

Kerajaan PN sudah jatuh secara perlembagaan.
BACA JUGA : Azalina umum letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Apa perlu disambungkan sebagai PN juga?

Anggap je lah sebagai Kerajaan Malaysia.

Pimpinan PM baru – DS Ismail Sabri Yaakob – dengan pendekatan yang berbeza, malah lebih baik, dari kerajaan PN pimpinan TS Mahiaddin.

BACA JUGA : Ismail Sabri pertimbang cadangan TPM dari Sarawak

Kalau kerajaan PN betul-betul sempurna, ianya takan jatuh.

Parlimen dimandulkan, insitusi Raja Berperlembagaan digugat, wabak COVID bertambah serious dan ekonomi rakyat dan negara meleset teruk.

Kesemuanya dibawah PN.

Sekarang ni, sebuah Kerajaan Malaysia yang baru dengan cara dan kaedah baru.

Khalas.

Sumber :