Kerajaan PN guna Sains dan Data untuk derhaka pada titah Agong, kata Shahrir Samad sinis

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad mempersoalkan dalil kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan sains dan data ingkar titah Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen bersidang semula walaupun negara dalam tempoh darurat.

“Apa dah jadi dengan negara kita ni?

“Agong titah Parlimen boleh bersidang walaupun darurat.

“Jemaah Menteri PN tolak titah guna ‘sains & data’,” kata Ketua UMNO Johor Bharu itu.

Shahrir dalam nada sarkastik berkata, kerajaan PN sebuah ‘kerajaan sains dan data’.

“Hebat, satu-satunya di dunia! Sindir beliau.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu persidangan Parlimen bukan digantung tetapi ditangguhkan atas faktor perundangan, sains serta data pandemik Covid-19 ketika ini.

Beliau berkata, berdasarkan faktor perundangan, tiada keperluan untuk Parlimen bersidang dalam tempoh darurat memandangkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh membuat ordinan di bawah Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga tidak mahu merisikokan ahli Parlimen yang rata-ratanya boleh dikategorikan sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, daripada 220 ahli Parlimen, 77 daripadanya berusia 61 hingga 69 tahun, 19 berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.

“Hampir sebahagian ahli Parlimen adalah kumpulan berisiko…jadi kita tidak mahu mereka terdedah kepada Covid-19 sebab berada di ‘confined area’ iaitu sempit dan tertutup,” katanya.

Berita penuh :https://suara.tv/04/03/2021/kerajaan-sains-dan-data-derhaka-titah-agong-shahrir-samad/

COMMENTS

Wordpress (0)