Kerajaan PN derhaka Agong, 3 individu perlu letak jawatan – Pemuda AMANAH

Kerajaan PN derhaka Agong, 3 individu perlu letak jawatan – Pemuda AMANAH

Kerajaan PN derhaka Agong, 3 individu perlu letak jawatan .Merujuk kepada kenyataan terbaharu daripada Istana Negara, sudah jelas bahawa Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YB TS Mahiaddin Yassin telahpun mengingkari dan tidak menghormati Institusi Diraja serta derhaka terhadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong.

Inilah kali pertama dalam sejarah Istana Negara menzahirkan rasa kekecewaan terhadap pentadbiran negara.

Bukan sahaja mengelirukan dewan rakyat, malah menteri yang menjaga portfolio undang-undang yang datangnya daripada Parti Islam Semalaysia (PAS), juga telah membelakangi YDPA dalam perihal undang-undang negara.

Kerajaan

Perkara ini seharusnya dipandang serius dan menteri berkenaan serta ahli kabinet yang lain perlu bertanggungjawab terhadap penderhakaan ini.

Kami mendesak supaya Kerajaan PN yang dipimpin oleh YB TS Mahiaddin Yassin ini, Peguam Negara dan juga Speaker Dewan Rakyat untuk MELETAKKAN JAWATAN SEKARANG kerana tidak patuh terhadap perlembagaan yang ada.

MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH NASIONAL

BACA JUGA : Panas !!! Desakan letak jawatan bergema, kerajaan PN sah derhaka Agong