Bantuan RM 1200 PKS nampak menarik, tapi syaratnya mengelirukan

Bantuan RM 1200 PKS nampak menarik, tapi syaratnya mengelirukan

Kalau ikutkan pembentangan Muhyidin petang semalam  nampak seperti menarik melibatkan PKS dengan bantuan Pendapatan RM 1200 sebulan.. Bunyinya nampak Indah..Tetapi ada klausa yang tak realistik disitu..

Pertama syarat yang dikenakan , Syarikat mesti membuktikan ada kesan penurunan jualan mengikut pendapatan bulan Januari 2020 akibat wabak COVID-19… Rasanya ia tak mungkin dicapai oleh majoriti Syarikat SME melainkan perbandingan itu dibuat dari bulan lepas sehingga tempoh PKP….

Jika pun tanpa Syarat tersebut.. Pembayaran RM 1200 itu juga akan hanya dapat menampung sebahagian kerugian SME disebabkan Perniagaan mereka ditutup lebih sebulan.. Tidak ada gantian Sewa melainkan hartanah milik GLC, atau pendapatan sepertimana dilakukan Singapore..

Ia boleh menutup sebahagian kekurangan SME, tetapi Majoritinya takkan mampu menampung kesan kerugian perniagaan mereka sepanjang 6 bulan… Jika ada Staf bergaji RM 2000.. ia hanya menampung sebulan setengah gantian Pendapatan..berbanding Kerugian besar dari aliran Tunai dan Liability lain..

Tidak ada pengecualian caruman bagi tempoh tertentu..bayangkan bagi kadar gaji RM 2 ribu sahaja, Majikan menanggung lebih RM 250 caruman KWSP..

Singapore sendiri biarpun tidak menutup dan menghentikan operasi Perniagaan.. mereka telah melakukan gantian Pendapatan dengan lebih bersasar.. mereka letakkan sektor yang tepat, Umpamanya Syarikat berkaitan Penerbangan dan Pelancongan, Syarikat berkaitan Food Industry(F&B) dan juga sektor lain..

Syarikat berkaitan Penerbangan dan Pelancongan contohnya, Kerajaan Singapuran menampung 75% Gaji pekerja mereka sepanjang 9 Bulan..berbeza dengan kita…masih belum ada pembelaan bagi pekerja yang dibuang kerja melibatkan sektor perhotelan dan Penerbangan…

Sepatutnya bagi konteks Malaysia, Selain dari sektor Penerbangan dan perhotelan..Aku jangkakan Kerajaan kena bersedia menghadapi kesan lebih besar dari sektor Industri Oil & Gas.. bagi aku….Sektor ini akan teruk terjejas..

Bagi Skim Mikro Kredit juga agak baik jika Kerajaan menghapuskan Faedah pinjaman.. Cumanya kaedah pinjaman hanya melalui BSN dan Tekun agak kurang tepat.. Sepatutnya perlukan penglibatan semua sektor perbankan..tapi itulah..Mustahil Bank akan memberikan laluan mudah untuk Pinjaman tanpa Faedah yang akan menjejaskan portfolio pinjaman depa….

Apapun..Sama seperti bantuan Rakyat..Ianya tidak bersasar.. Dan kesannya hanya bersifat sementara.. Untuk jangka Panjangnya.. Ekonomi kita akan menghadapi kesan yang lebih teruk dari kita jangkakan..

Pelik Kerajaan PN dan Muhyidin..Mereka buat sesuatu secara rambang tanpa sasaran yang jelas… 

Ipohmali