Kerajaan PH sudah mansuh wang ehsan, perkenal bayaran tunai Petroleum – MB Kelantan

Kerajaan PH sudah mansuh wang ehsan, perkenal bayaran tunai Petroleum.Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan Y8 Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dalarn persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2021 dan rnemohon penjelasan lebih lanjut daripada Kerajaan Persekutuan ekoran jawapan tersebut yang dilihat tidak selari dengan kenyataan-kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah mernutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Program Wang Ehsan dan memutuskan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri.

Bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi negeri Kelantan telah diperakui oleh Kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa bayaran tunai adalah kaedah yang tepat berdasarkan peruntukan yang jelas dalam perjanjian 1975 antara Kerajaan Negeri dan Petronas. lni juga adalah selaras dengan pendirian dan keputusan Kerajaan Persekutuan sebelurn ini.

Kerajaan Negeri percaya pendirian ini adafah berlandaskan semangat federalisma dan Keluarga Malaysia demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan.

Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hi Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan.

Kerajaan

BACA: Kes rogol remaja 18 tahun ke bawah di Kelantan meningkat – Polis

Artikel ini disiarkan pada 27/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)