Kerajaan pertimbang beri vaksin kepada guru dan wartawan pada fasa pertama

Guru dan pengamal media adalah antara kumpulan yang dipertimbangkan bagi menerima vaksin fasa pertama menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan bermula Rabu ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, agihan itu bagaimanapun tertakluk kepada bekalan vaksin yang diperoleh negara bagi fasa pertama dan kajian risiko yang dilaksanakan.

Beliau berkata, permohonan vaksin bagi guru adalah wajar memandangkan sekolah sudah mula dibuka pada Mac ini.

“Kami terima banyak permintaan daripada kumpulan-kumpulan yang mahu mereka dimasukkan dalam fasa pertama PICK ini.

“Kita akui bekalan vaksin bagi fasa pertama tidak banyak kerana kita hanya ada satu juta dos yang mana 500,000 dos sudah diperuntukkan kepada barisan hadapan termasuk kakitangan kesihatan dan pasukan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai permohonan itu dan ia akan dibawa pada mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 minggu depan.

Khairy berkata, beliau juga sudah meminta Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin untuk menyenaraikan guru-guru berkenaan dan keutamaan adalah kepada yang berdepan risiko kesihatan jika dijangkiti Covid-19

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/02/21/guru-dan-pengamal-media-akan-dipertimbang-terima-vaksin-bagi-fasa-pertama/

COMMENTS

Wordpress (0)