Kerajaan pertimbang beri kelonggaran kepada negeri fasa 1

Kerajaan pertimbang beri kelonggaran kepada negeri fasa 1. Kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi kelonggaran bagi aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri yang berada di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan keperluan kesihatan mental rakyat terjaga.

“Meskipun kita masih berada dalam Fasa Satu, berkaitan isu kesihatan mental kita boleh mempertimbang beberapa aktiviti yang selamat seperti pergi ke taman dan pasar-pasar malam yang terbuka, kesemua ini kita sedang pertimbang (untuk beri) kelonggaran,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Kerajaan

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu belum dapat diumumkan buat masa ini kerana memerlukan pandangan pakar kesihatan.

Sidang media itu adalah yang pertama diadakan sejak pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan yang bertanggungjawab mengumumkan perkembangan PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/740664/negeri-fasa-satu-mungkin-dibenar-lakukan-aktiviti-risiko-rendah

BACA: Panas !!! Dalam tempoh 10 hari ini kerajaan pinjam RM11.5 bilion