Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Tun Mahathir?

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Tun Mahathir?

Tun Mahathir dalam sidang media khasnya mencadangkan suatu kerajaan campuran dibentuk daripada kalangan individu yang akan dilantik oleh Tun sendiri untuk menganggotai Jemaah Menteri Malaysia.

Inidividu yang dipilih dan dilantik oleh Tun itu hanya akan bertanggungjawab kepada Tun bukannya kepada pengundi atau rakyat yang memilih sedangkan yang memilih individu itu ialah pengundi. Pengundi memilih supaya mereka bertanggungjawab kepada pengundi bukan kepada Tun semata-mata.

Apabila individu dipilih dan dilantik oleh Tun, maka apa saja yang Tun mahukan perlu dipatuhi, jika tidak, mereka juga akan diganti oleh orang lain yang boleh mentaati Tun.

Ini Kerajaan Tun Mahathir bukan Kerajaan Malaysia.

Dalam sistem demokrasi berperlembagaan Malaysia, yang wajar ditaati dan disetiakan hanyalah Raja dan Negara. Itu Rukun Kedua dalam Rukunegara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Raja hanya melantik Tun sebagai Perdana Menteri Sementara bukan untuk Tun memilih individu menjadi Jemaah Menterinya dan mentaatinya tetapi sementara Perdana Menteri yang mendapat majoriti Ahli Dewan Rakyat dipilih.

Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat akan memilih dan melantik ahli Jemaah Menterinya bagi membantu Yang diPertuan Agong mentadbir Malaysia. Inilah Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia akan bertanggungjawab kepada Malaysia bukan individu. Malaysia ialah seluruh warganegara khususnya pengundi yang memilih.

Pengundi yang mewakili warganegara Malaysia majoritinya memilih individu yang berlogokan KeADILan dalam PRU yang lepas. Justeru mandat itu hendaklah diangkat dan dipatuhi. Mandat itu bukan kepada Tun semata-mata tetapi sekumpulan yang berlogokan KeADILan.

Maka seluruh individu yang berlogokan KeADILan yang dipilih dipertanggungjawabkan bukannya Tun berseorangan.

Diakhir ucapan Tun, Tun mohon diizinkan beliau membentuk Kerajaan Tun Mahathir.

Maka saya Zulhazmi Shariff, individu yang memilih kumpulan berlogokan KeADILan sehingga Tun diangkat menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia, dengan ini TIDAK MENGIZINKAN Tun membentuk Kerajaan Tun Mahathir.

Saya mahukan Kerajaan Malaysia.