Kerajaan Kedah tak iktiraf penggunaan bendera putih

Kerajaan Kedah tak iktiraf penggunaan bendera putih

Kerajaan Kedah tak iktiraf penggunaan bendera putih.  Kerajaan Negeri Kedah tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih oleh individu di negeri ini sebagai tanda memerlukan bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebaliknya Menteri besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya hanya menyalurkan bantuan makanan kepada individu yang membuat aduan secara rasmi melalui panggilan telefon di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) seluruh daerah di negeri ini.

“Kita telah edarkan nombor telefon PKOB setiap daerah dan nombor telefon pusat khidmat wakil rakyat untuk orang ramai hubungi bagi mendapatkan bantuan makanan.

kerajaan kedah

“Sekarang ini kita ada kemudahan aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp serta pesanan mesej, individu yang perlu bantuan boleh menghubungi PkOB untuk bantuan makanan tanpa mengibar bendera putih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di sini hari ini.

PTSB telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bemula 26 Jun sehingga 9 Julai.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/kerajaan-kedah-tak-iktiraf-bendera-putih/

Jika Anda Terlepas: Pas sudah hanyut di lautan kekuasaan – Raja Kamarul