Kerajaan jatuh : Program vaksin jalan macam biasa, kata KSN

Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali berkata, semua usaha, bantuan dan inisiatif membabitkan peruntukan besar tidak akan terjejas demi kesejahteraan rakyat, khasnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, susulan peletakan jawatan perdana menteri dan Kabinet hari ini.

Beliau turut memberi jaminan perkhidmatan awam, khasnya petugas barisan harapan terus komited untuk memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas, berteraskan dasar semasa kerajaan.

“Urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan persekutuan seperti biasa.

PROGRAM

Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali turut memberi jaminan perkhidmatan awam, khasnya petugas barisan harapan terus komited untuk memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas, berteraskan dasar semasa kerajaan. (Gambar Bernama)

“Anggota keselamatan, terutamanya polis dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/16/perkhidmatan-awam-program-vaksin-tak-jejas-selepas-kabinet-letak-jawatan-kata-ksn/

BACA JUGA : Azmin zahir rasa bangga dapat berkhidmat dengan MITI