Kerajaan intrim dari gabungan parti yang terbukti gagal?

Kerajaan intrim dari gabungan parti yang terbukti gagal?

Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Najib Razak berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi bukanlah menarik sokongan dari kerajaan PN tetapi hanya menarik sokongan terhadap Mahiaddin Yasin untuk diganti dengan Perdana Menteri intrim yang baharu.

Ini bermaksud bahawa Umno akan terus kekal bersama gabungan PN (Bersatu dan Pas) untuk membentuk kerajaan intrim yang diterajui mereka.

Menurut Najib, kerajaan intrim ini juga penting dalam usaha untuk menyelesaikan isu COVID-19.

Namun yang menjadi persoalan, bagaimana kerajaan intrim ini mampu berfugsi sedangkan ianya hanya datang dari gabungan parti-parti kerajaan (Bersatu, Umno, Pas) yang kabinetnya telah terbukti gagal menangani COVID-19 sejak memerintah lebih setahun lalu.

Biarpun darurat diisytiharkan lebih 5 bulan lalu, kes baharu terus meningkat, angka kematian terus bertambah, malah ekonomi rakyat kian merudum dan tiada tanda-tanda ianya akan pulih dalam masa terdekat.

Kegagalan ini bukan sahaja dipersoal rakyat terbanyak, malah Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang turut menitahkan agar sidang parlimen diadakan segera bagi menangani isu COVID-19.

Maka perlu ditanya sekali lagi, wajarkah PM dan kabinet intrim yang didesak oleh Umno ini dibentuk dari pemimpin parti-parti yang telah terbukti dan ternyata gagal?

Bolehkah diharapkan pemimpin yang sama yang menggunakan pendekatan dan strategi sama, menghasilkan kesan berbeza?

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Kerajaan gagal? Umno juga sebahagian kerajaan, kata Faizal